Dia Sumber kuatku

Dia Sumber kuatku

Friday, March 29, 2013

Bangkit bersama Yesus

Shallom,
Hari ini saya mahu menarik perhatian saudara/i untuk membaca mesej ringkas dari blog ini sebagai tatapan kita bersama dalam menjalani kehidupan sebagai orang percaya...Semoga, apa yang disampaikan disini dapat menjadi pedoman dan mengukuhkan iman kita untuk terus berjuang menjadi hamba Kristus yang sejati...

Sudah sekian lama blog ini sepi tanpa adminnya, iaitu saya sendiri...nah, kalau anda pelawat setia blog ini mungkin anda tertanya-tanya mengapa admin belum meng "update"/tidak ada post baru....saya mohon maaf untuk hal itu.....

Seperti anda, saya juga sibuk dengan tugasan harian, mengerah kudrat demi sesuap nasi (kata pujangga), namun, tepat hari saya kembali menjenguk ke blog ini hanya kerana mahu berkongsi teguran Tuhan buat saya.

Bagai mana mahu bermula ya?...terlalu banyak cerita yang ingin disampaikan, kadang2 boleh menimbulkan gejala "writer block...tapi demi anda..saya berdoa Tuhan mengiringi penulisan ini....

 Baiklah, ceritanya begini..sedang saya sibuk melayani internet sejurus menikmati sarapan pagi bersama teman2 sekerja, hati saya begitu terdorong untuk berdoa mengucap syukur sempena sambutan "Good Friday" (semalam)...Tapi, selayaknya manusia biasa yang suka bertangguh, saya lambat2 menanggapi dorongan itu, walaupun keinginan untuk berdoa begitu membuak dalam hati ketika itu...

Selang beberapa minit, ketika saya berniat untuk membaca novel kegemaran saya, Roh Kudus berkerja lagi dalam hati...meminta saya berdoa...kali ini rasanya begitu bersungguh dan mendesak! Namun, malangnya saya tolak lagi desakan itu...

Nah, ketika itulah saya diperingatkan bahawa semalamnya (semasa orang lain beribadah di gereja sempena Good Friday, saya sibuk melayan keletihan setelah pulang dari outstation ke luar bandar) jadinya, saya tidak berdoa langsung....Namun, Tuhan tetap menjaga saya tanpa gagal! masakan masih berlambat-lambat mengucap syukur!

"Mungkin Tuhan rindu bersekutu dengan saya..." kata hati saya!

Maka, bait2 ini muncul satu persatu di fikiran saya: "Apakah buku yang kau baca lebih menarik dari Aku, sehingga kau melambat-lambat waktu berdoamu?...Tutuplah dulu buku itu dan berdoalah..."

Kali ini langsung saya tutup mata dan mulai berdoa seperti biasa....( ayat2 doanya sama juga seperti yang selalu saya ucapkan)....

Hasilnya, seperti yang Saudar/i jangkakan; hati saya dipenuhi damai sejahtera dan sampai cerita ini ditulis, saya telah belajar untuk tidak membuang waktu dengan hal-hal yang remeh!Dahulukan Tuhan!!!kerana Dialah yang menghadirkan damai sejahtera dalam hati kita waktu susah mahupun senang...Dia jugalah yang menyertai ke mana pun kaki kita melangkah.

Saudara/i diluar sana, mungkin anda pernah/sedang mengalami hal yang sama dengan saya...suka lambat2! Tapi,mari berubah...bangkit bersama Yesus untuk tetap mendahulukan Tuhan dalam segala perkara dalam hidup kita!

Selamat membaca dan Tuhan memberkati :)

Admin






Sunday, June 10, 2012

How Great is our God

Shallom Saudara/i yg dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus, awalnya saya ingin post saja kesaksian ini di wall FB, agar lebih cepat dikongsi bersama. Namun,kisahnya cukup panjang utk dimuatkan di "Wall" Facebook, maka saya lebih memilih utk posting saja di Blog ini...Selamat membaca, dan semoga anda diberkati olehnya....

Beberapa hari yg lalu, radio kereta kami hilang program secara tiba2,saya fikir rosak teruk&tidak dpt digunakan lg,memandangkan ketika dirujuk ke kedai aksesori kereta yg ptama, pemilik kedai mberitahu beliau x dpt berbuat apa2 dan mberi cdangan radio tersebut harus dihntr ke kilang dimana ianya dikeluarkn utk diprogram semula,dan pastinya memakan kos yg amat tinggi..


Namun, sy x bputus asa lalu pergi ke kedai aksesori yg ke-2,sekali lg pemilik kedai memberitahu hal yg sama kpd sy.tetapi kali ini mencadangkn radio trsebut d "trade in" dgn harga RM 50 dan mengantikannya dgn radio yg baru...Saya teragak2 sebentar kerana sy tahu nilai sebenar radio trsebut lebih mahal dari yg beliau tawarkan..ditengah2 kecelaruan itu, hati saya menjadi resah kerana saya amat menyayangi radio tersebut, lalu dgn hati berat saya memilih utk tidak mengantikannya dan menunggu waktu yg sesuai utk mbeli radio baru.

Selama waktu itu, saya fikir alangkah bosannya perjalanan ulang-alik dari rumah ke tempat kerja tanpa mendengar alunan muzik yg menghilangkan rasa penat seharian bekerja, dan mungkin saja tanpa radio,sy akan hilang konsentrasi dijalanan....

Dalam perjalanan pulang, sy berkira2 ingin kembali ke kedai itu,namun ketika sy terlihat kedai aksesori yg ke-3, tiba2 hati sy tergerak utk berhenti dan bertanya kalau2 mereka dpt membantu sy membaiki radio tersebut.dlm hati sy mnjangkakn akan mendengar alasan sama seperti di kedai 1&2.

Alangkah baiknya Tuhan!kata hati saya ketika mendengar pemilik kedai ke-3 mberitahu bahawa radio trsebut x mengalami apa2 masalah..hanya perlu di "reset" semula supaya ianya dpt berfungsi seperti biasa. kemudian dia meminta pekerjanya utk memeriksa keadaan wayar radio trsebut dan mnunjukkan kpd sy, lubang kecil yg trdapat di radio itu yg harus di tekan utk "reset" semula agar ia dpt berfungsi spt biasa...luar biasa skli sy hanya perlu mbyr cas pkhidmatan sbyk RM10 tanpa perlu mengantikan radio itu dgn mbayar ratusan ringgit!

Saya belajar satu perkara dari kejadian diatas: Walau seremeh apa pun masalah yg saya hadapi,Tuhan tetap peduli, apalagi ketika berhadapan dengan orang2 yg bersikap x jujur dan memikirkan keuntungan semata-mata, Tuhan tetap melindungi saya agar tidak tertipu dan diperdaya!
 
Radio saya sudah berfungsi seperti biasa, menjadi teman penghibur kemana saja saya pergi,dan menutup telinga saya drpd mendengar bunyi hentaman tayar kereta yg membingitkan telinga.Namun, hal terbesar adalah Hati saya sangat bersyukur,kerana Tuhan menjaga dan memberi perlindungan-Nya diluar daya sedar saya, bahkan ketika menyedari hal ini saya menitiskan airmata kerana sekecil apapun hal yg menjadi pergumulan saya, Tuhan turut merasakannya... Terima Kasih Yesus!

Monday, August 1, 2011

Figure Bapa Dalam Yesus

Shallom, walaupun hampir beberapa bulan tanpa sebarang post baru dalam blog ini, tidak bermakna penulisan kesaksian mengenai Dia juga terhenti...namun kebanyakannya ilham masih tersimpan rapi dalam fikiran saya...hari ini,sebagai pengakhiran untuk bulan Ogos,saya memilih untuk berkongsi berkat yang tidak mungkin saya simpan untuk diri saya sendiri kerana atas dasar Iman yang pasti bahawa penulisan ini turut memberkati saudara/i yang membaca blog saya.

Satu kesaksian yang menjadi peringatan bahawa Tuhan itu benar-benar ada dan Dia bukanlah figure @patung yang tidak bernyawa yang tidak tahu keperluan bahkan kehendak setiap orang yang mencari Dia....

"Beberapa waktu yang lalu, ketika saya masih dalam pergumulan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian...saya berdoa agar Tuhan menunjukkan pekerjaan untuk saya...dengan Iman percaya bahawa Dia sudah menyediakan yang terbaik,maka saya terus-menerus berdoa..namun selepas tamat Latihan Industri, saya belum mempunyai sebarang pekerjaan...hal itu menghalang saya untuk terus berdoa...dan apalagi saya merasa putus asa..

saya berfikir bahawa Tuhan mungkin tidak peduli dengan hidup saya..atau Dia terlalu sibuk memerhatikan hidup orang lain...maka, bermulalah sebuah episod hancurnya hubungan saya dengan Tuhan....walaupun sering saja Roh Kudus mengingatkan saya untuk tetap berdoa, namun saya menolak...

Jujur,saya semakin kehilangan figure Bapa itu sendiri....

Namun minggu ke-2 pada bulan Julai, saya menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat akhbar yang menawarkan pekerjaan kepada saya...dan dalam masa yang sama juga saya mendapat panggilan temuduga sebagai guru sandaran di sekolah swasta....

Saya sangat teruja saat itu, dan disitu lah Tuhan mulai mengingatkan saya akan setiap doa-doa saya...lalu satu pernyataan Roh Kudus muncul dalam fikiran saya.."Aku bertelinga,tidak ada satu pun Doa-doa mu yang terlepas dari pendengaranKu...dan kamu tidak menyembah benda mati yang sia-sia!Akulah BapaMu...Yesus...yang sangat mengasihimu...."....

Saya menangis ketika Tuhan menyentuh hati saya dengan pernyataan ini...."Temukan dan tempatkan Aku kembali dalam hatimu!"...

Saudara/i yang membaca blog ini,...
Saya ingin sekali mengajak saudara/i yang ketika ini mungkin mengalami pergumulan mencari pekerjaan untuk terus punya pengharapan didalam Tuhan kita Yesus Kristus....Janganlah bersikap seperti saya yang pernah menjauhi Tuhan hanya kerana tidak sabar menunggu jawapan doa saya...
sesungguhnya, waktunya Tuhan sangat tepat dan janjinya pasti di sempurnakan ketika kita tetap setia menantikan Dia.

saya kini memilih untuk bekerja sebagai wartawan disebuah syarikat akhbar berbahasa inggeris dan tetap mendoakan teman2 yang masih buntu mencari pekerjaan agar mereka juga menemukan pekerjaan yang tepat...Apa pun ia,percayalah yang Tuhan sediakan itulah yang terbaik bagi saya dan anda..
Semoga sharing ini turut memberkati Anda semua..

Author~



Tuesday, February 15, 2011

Fellowship UKM~Make Memories



*SIB Kajang (Fellowship)






*Malaysian Campus Crusade For Christ (MCCC Fellowship)





*Leadership Training (Port Dickson)




Alpha Outing;Sg. Congkak


*Banyak lagi gambar-gambar pelayanan sepanjang tahun 2008-2010....
tidak dapat dimuatkan di sini....Manis untuk diingati...pahit untuk dibuang...
:)




Monday, February 14, 2011

Hari Kekasih...minggir dari kesukaan Dunia



14 Februari...Setiap tahun saya melihat ramai pasangan kekasih menanti-nanti hari ini...kerana pada hari bersejarah inilah mereka akan menunjukkan bahkan membuktikan kasih sayang kepada pasangan masing-masing....Itu dari konteks percintaan sahaja...kalau mahu di kira peratusan yang menyambut Hari Kekasih kerana punya pasangan..mungkin peratusannya akan mencecah 99.99%...kemana perginya yang 1%..??...jawapnya mudah sahaja...1% itu diberikan kepada keluarga,sahabat dan lain-lain...(Saya tidak mahu mengungkap sejarah Hari Kekasih,kerana saya yakin anda juga tahu...masakan anda tahu meraikan,jika anda tidak tahu sejarahnya)

Melihat keadaan ini,saya tertanya-tanya...Apakah perlu satu hari sahaja untuk menunjukkan kasih kepada sesama..??atau, Apakah kasih itu sebatas kepada orang-orang yang kita kasihi..??....
Ada satu firman Tuhan yang begitu menyentuh hati saya..bahkan memberikan jawapan seperti apa, siapa yang layak memiliki kasih dan bagaimana seharusnya kita mengasihi....

Nah,yang pertama...seperti apakah Kasih itu..??
(1 Korintus 13:4-7) "Kasih itu murah hati;ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri-sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi Ia bersukacita kerana Kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu".

Indahnya Kasih itu tidak ternilai oleh emas dan permata sekalipun....Ia menuntun kita melakukan hal-hal yang kelihatan tidak mungkin bagi kita...dari sisi dunia ini...siapakah yang rajin bermurah hati?...siapakah yang tidak pernah merasa cemburu..?..siapakah yang dengan terbuka memaafkan orang yang menyakiti hatinya..?siapakah yang bersabar dan bertahan didalam kesesakan dan ujian hidup..?...

Hidup kedagingan kita banyak sekali menghalang kita untuk melakukan hal-hal diatas...oleh itu, Dia yang mengerti,bahkan mengenal kita lebih dari diri kita sendiri membuktikan bahawa semuanya itu mungkin terjadi kalau kita menuruti firman dan kehendak-Nya....Dia yang tidak berdosa sudah mati bagi kita dan membukitkan Kasih-Nya buat orang-orang berdosa....

(Yohanes 3:16) "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal".

(1 Yohanes 1:9-10) "Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia yang setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan".

(1 Yohanes 2:6) " Barangsiapa mengatakan, bahwa ia ada didalam Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup".

Kesimpulan dari kebenaran Firman Tuhan ini...saya punya kerinduan untuk melihat setiap dari kita memiliki hati seperti Yesus...Mengampuni tanpa memandang sebesar,bahkan sekotor apa pun dosa yang sudah kita lakukan...Saya rindu untuk melihat kita belajar mengampuni, saling percaya dan bersabar didalam segala sesuatu...Tidak mudah jika kita terlalu melihat kepada diri kita,tetapi tiada yang mustahil bagi Tuhan..Dialah yang memampukan kita...bertekunlah didalam Doa!...

Yang kedua, Siapakah yang layak memiliki Kasih..??

(1 Yohanes 4:7-10) "Saudara-saudaraku yang kekasih, marikah kita saling mengasihi, sebab kasih itu berasal dari Allah; setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih . Dalam hal inilah kasih Allah dinyatakan di tengah-tengah kita, yaitu bahwa Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia, supaya kita hidup oleh-Nya. Inilah kasih itu:Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita dan yang telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian bagi dosa-dosa kita".

(1 Yohanes 5: 2) "Inilah tandanya,bahwa kita mengasihi anak-anak Allah, yaitu apabila kita mengasihi Allah serta melakukan perintah-perintah-Nya".


Kerana Allah terlebih dahulu mengasihi kita....mengampuni dosa dan pelanggaran kita...saya yakin, kita yang sudah ditebus juga punya komitmen untuk mengasihi sesama....bahkan setiap orang tanpa mengira siapapun mereka....tidak sebatas teman,keluarga, dan sahabat handai kita..tetapi setiap orang yang perlukan kasih...


(Matius 5:43-45) "Kamu telah mendengar firman: Kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu. Tetapi Aku berkata kepadamu:Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi yang menganiaya kamu. Kerana dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar".

(Matius 5: 48) "Kerana itu haruslah kamu sempurna seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna".

Yesus juga mengajar kita untuk mengasihi MUSUH kita....(Bermaksud kasih itu tidak terbatas dalam komuniti gereja, teman seiman dan keluarga..tetapi juga orang-orang yang pernah menyakiti bahkan membenci kita) kelihatannya amat sukar untuk mengasihi orang yang membenci kita...tetapi, lepaskanlah pengampunan, sama seperti Bapa kita yang sudah melepaskan pengampunan atas dosa-dosa kita. Kerana dengan itu, kita mengisytiharkan Dialah Tuhan yang berkuasa atas hidup kita!..


Yang ketiga, bagaimana seharunya kita mengasihi...?
(1 Yohanes 3:18) "Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah,tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran".

(2 Yohanes: 6) "Dan inilah kasih itu, yaitu bahwa kita harus hidup menurut perintah-Nya. Dan inilah perintah itu, yaitu bahwa kamu harus hidup di dalam kasih, sebagaimana telah kamu dengar dari mulanya".

Dari dua ayat firman Tuhan ini.....saya sedar bahawa..untuk mengasihi orang lain,bukanlah sekadar dengan ucapan lidah....
lidah boleh saja mengungkapkan kata-kata kasih....namun, bagaimana dengan perbuatan kita..??...saya sendiri akui, bukan mudah mengasihi...kerana sifat manusiawi, kita cenderung mengasihi dengan mengharapkan orang lain juga mengasihi kita...tetapi apa yang Yesus ajarkan kepada saya dan anda hari ini..ialah,kasihi tanpa memandang rupa,bahkan tanpa mengharapkan balasan....

(1 Yohanes 2:15-17) "Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu. Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia. Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya".

Dengan itu, saya mengajak anda untuk mengikis sifat keduniaan, keangkuhan dan keinginan kita untuk sama-sama mengasihi siapa saja yang perlukan kasih Tuhan....kerana kasih inilah kita tetap hidup dan dilayakkan dihadapan Dia. Andai hari ini, kita masih merasa sukar untuk melakukan perintah untuk saling mengasihi sesama manusia...sebaiknya,kita bertekun di dalam Doa..agar Tuhan mulai bekerja membentuk dan mengubah hati kita menjadi baru...bahkan, menjadi persembahan yang harum bagi Dia...Tuhan pasti sanggup!

(Efesus 4:31-32) "Segala kepahitan, kegeraman, kemarahan, pertikaian dan fitnah hendaklah dibuang dari antara kamu, demikian pula segala kejahatan. Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagai mana Allah di dalam Kristus telah mengampuni kamu".

Pendek dari apa yang saya dapat dari "Hari Kekasih" ini....Kasih itu tidak sebatas mengasihi orang yang kita kasihi...tetapi kepada semua orang, terlebih kepada musuh kita...Kasih juga tidak perlukan hari yang istimewa untuk kita menunjukkannya..tetapi setiap hari dalam hidup kita, harus disulami dengan kasih melalui perkataan dan perbuatan kita.....!

Pujilah Tuhan...yang mengilhamkan tulisan ini...Semoga dapat mengajar kita untuk lebih prihatin dalam soal mengasihi...........

Author~




Isi hatiku untuk Bapa...




Dari pembacaan Mazmur 71:1-24

"Yesus,Bapaku...kekuatanku disaat aku lemah...
"Yesus,Tuhanku...Engkau selalu setia dalam hidupku...
"Yesus,Sahabatku...mati bagiku..pembelaku pada hari penghakiman berlangsung atasku...

"Engkau melepaskan aku ketika kesesakan menghimpit jiwaku...
"Engkau curahkan sungai sukacita dan damaiMu..memenuhi cawan hatiku...
"Engkau lindungi aku dari panahan petir,dan badai yang menganas...hatiku tetap tenang dibawah naungan sayapmu...

Siapakah aku Tuhan...mengapa berharga sekali dimataMu...??...

Kutuliskan untuk Dia yang mengasihi Aku...
Tidak dapat ku balas Kasih-Nya,walau dengan Emas dan perak....aku cuma punya hati..persembahan yang hidup dan harum bagi Dia...


Surat kepada Bapa Syurgawi,

"Disaat aku tidur,Engkau menempatkan malaikatMu menjagaku dan mimpi ngeri menjauh dari alam tidurku,disaat aku bangun&melangkah keluar,Engkau pimpin tanganku agar aku tidak jatuh tersandung dan terluka,disaat aku lapar dan dahaga,Engkau kenyangkan aku dgn air yg bersih dan makanan yg enak,disaat aku menelaah pelajaranku,Engkau penuhi mindaku dgn pengetahuan&Idea-idea yang bernas...Disaat mataku melihat ke langitMu,Engkau juga memandang kepadaku,disaat aku berdoa...Engkau menjawabku dengan Kasih...

Disaat aku menyangka Engkau jauh,aku semakin merasa Engkau dekat...Bahkan tidak pernah berganjak dari sisiku.. Disaat aku dalam pergumulan&hatiku menangis,Engkau redakan angin badai yg melandaku agar aku tetap tenang...Disaat aku lupa akan Engkau, Engkau bacakan aku bait2 indah dari FirmanMu agar aku tetap didalam KasihMu...Disaat aku menolak Engkau agar menjauh dariku...dengan kesabaran dan kesetiaanMu, Kau tawan hatiku dengan mujizat dan kesembuhan dariMu...disaat aku jatuh dan dosa mematikan semangatku,Engkau sucikan aku dengan salibMu..disaat aku hilang arah bahkan tujuan hidupku...Engkau tiupkan harapan dan janjiMu kedalam jiwaku,sehingga aku berani melangkah untuk mencipta impian yang indah..disaat aku tersenyum...Engkau juga tertawa senang...disaat penderitaan datang dan menguras aku,Engkau melegakan aku dengan melepaskan aku dari kesakitan...

Engkau seperti Bapa yang mengawasi anaknya..disetiap saat,minit,dan jam bahkan hari-hari hidupku tidak pernah terlepas dari pandanganMu...

Disaat aku bertanya.." Tuhan,Mengapa Engkau prihatin sekali..malah kasih yang Engkau berikan lebih dari yang pernah aku dapatkan..?" JawabMu..hanya kerana engkau berharga dimataKu..

Dan,disaat aku menyedari betapa besar KasihMu...aku ingin katakan...

"Terima Kasih Bapa....."

Dari,

anakMu... :)


Sunday, February 13, 2011

Tuhan Itu Baik~


Setiap kita pasti pernah merasa seperti Tuhan itu jauh sekali...apalagi disaat kita benar-benar perlukan pertolongan dari Tuhan..terkadang, seolah-olah Tuhan tidak mempedulikan kita,bahkan tidak ada jawapan langsung ketika kita berdoa...jujur, saya juga merasa hal yang sama...setiap minggu ke Gereja, dengan tujuan untuk melepaskan kerunsingan dalam hati...Ada waktunya juga, ketika saya berkomitmen saat teduh, saya tetap merasa berat didalam hati,kerana saya tidak merasa hadirat Tuhan.Walhal,saya sudah sungguh-sungguh berdoa...
Seringkali juga saya menyalahkah Tuhan..lebih teruk lagi..saya pernah kehilangan Iman percaya kerana merasa Tuhan benar-benar tidak ada!...bahkan,saya berhenti melayani kerana saya merasa cukup penat melayani Tuhan yang sepertinya tidak peduli dengan diri saya.
Sampai suatu saat, saya mulai menyelidiki diri saya sendiri...mencari kesilapan dan kekurangan dalam diri..bahkan kekurangan didalam Mezbah Doa saya...Akhirnya, saya temukan sesuatu yang selama ini saya tidak pernah peduli bahkan tidak mahu tahu pun, hanya kerana saya menganggap selama ini cukup dengan berdoa dan komitmen saat teduh..Tuhan pasti menjawab Doa saya!
Satu pertanyaan dari Tuhan yang benar-benar membuat saya bungkam dan menyedari besarnya kesilapan saya terhadap Dia..ialah; Apakah saya benar-benar mengasihi Tuhan...?sudahkah saya melakukan perintahNya..?
(Yohanes 14:21) "Barangsiapa memegang perintah-Ku dan melakukannya,dialah yang mengasihi Aku. Dan barangsiapa mengasihi Aku, ia akan dikasihi oleh Bapa-Ku dan Aku pun akan mengasihi dia dan akan menyatakan Diri-Ku kepadanya"
saat saya menjawab dua pertanyaan ini...saya sangat sedih,bahkan mulai bertaubat..ketika saya saya sedari jawapan saya ialah:TIDAK!...
ternyata selama ini saya gagal melihat isi hati Tuhan untuk saya....

Saya gagal membalas kembali kasih Tuhan untuk saya...
kerana terlalu memperhatikan keperluan saya sendiri..akhirnya, saya menjadi alpa akan kehendak Tuhan...
(Yohanes 14:23-24) "Jika seorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia. Barangsiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak menuruti Firman-Ku;dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku".

Sewaktu saya membaca Firman Tuhan dalam (Yohanes 14:21/23-24)...saya menyedari betapa selama ini..saya hanya mahu Tuhan mengasihi saya,tetapi tidak pernah mengambil komitmen untuk mengasihi Tuhan....bahkan,saya tidak segan-segan berdoa agar Dia selalu menolong saya..tetapi saya sendiri menutup pintu hati untuk melakukan kehendak-Nya....

saya mulai menangis dan bertaubat,bahkan bersyukur kerana Tuhan memperingatkan saya ketika saya mulai kehilangan Iman...Dia membuka mata rohani saya untuk melihat kesilapan saya sendiri....
(Yohanes 14:26) "Tetapi penghibur,yaitu Roh Kudus,yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku,Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah kukatakan kepadamu".

Ternyata Tuhan itu indah sekali, disaat kita mulai bertaubat dan mengakui kesalahan kita,Dia yang setia mulai melakukan perkerjaan-Nya kembali di dalam kita....hati yang hancur dipulihkan,bahkan dicurahkan dengan sukacita dan damai sejahtera...Saya mulai melihat kembali mujizat dan kebaikan Tuhan dalam hidup saya..bahkan Dia dengan setia menjawab Doa saya....

Saya mulai belajar bersabar menunggu jawapan Doa saya...Tenang dalam menghadapi masalah dan pergumulan saya..malah, tetap berdoa dan menyakini bahawa Tuhan pasti menjawab Doa saya....
(Matius 7:7) "Mintalah akan diberikan kepadamu;carilah maka kamu akan mendapat;ketoklah maka pintu akan dibukakan bagimu".
Puji Tuhan untuk kebaikan dan kesetiaan-Nya!