Aku,Kamu dan Bapa(Christian blogs)
Kebaikan,Kesetiaan,Keadilan dan Kasih-Nya..Tidak mungkin tersembunyi..Kerana Dia tahu Jalan kepada Bapa...maka, penulisan ini terilham dari Dia,oleh Dia dan Untuk Dia...Hormat dan Kemuliaan bagi Dia sampai selama-lama nya..Amen!
Dia Sumber kuatku
Friday, March 29, 2013
Bangkit bersama Yesus
Hari ini saya mahu menarik perhatian saudara/i untuk membaca mesej ringkas dari blog ini sebagai tatapan kita bersama dalam menjalani kehidupan sebagai orang percaya...Semoga, apa yang disampaikan disini dapat menjadi pedoman dan mengukuhkan iman kita untuk terus berjuang menjadi hamba Kristus yang sejati...
Sudah sekian lama blog ini sepi tanpa adminnya, iaitu saya sendiri...nah, kalau anda pelawat setia blog ini mungkin anda tertanya-tanya mengapa admin belum meng "update"/tidak ada post baru....saya mohon maaf untuk hal itu.....
Seperti anda, saya juga sibuk dengan tugasan harian, mengerah kudrat demi sesuap nasi (kata pujangga), namun, tepat hari saya kembali menjenguk ke blog ini hanya kerana mahu berkongsi teguran Tuhan buat saya.
Bagai mana mahu bermula ya?...terlalu banyak cerita yang ingin disampaikan, kadang2 boleh menimbulkan gejala "writer block...tapi demi anda..saya berdoa Tuhan mengiringi penulisan ini....
Baiklah, ceritanya begini..sedang saya sibuk melayani internet sejurus menikmati sarapan pagi bersama teman2 sekerja, hati saya begitu terdorong untuk berdoa mengucap syukur sempena sambutan "Good Friday" (semalam)...Tapi, selayaknya manusia biasa yang suka bertangguh, saya lambat2 menanggapi dorongan itu, walaupun keinginan untuk berdoa begitu membuak dalam hati ketika itu...
Selang beberapa minit, ketika saya berniat untuk membaca novel kegemaran saya, Roh Kudus berkerja lagi dalam hati...meminta saya berdoa...kali ini rasanya begitu bersungguh dan mendesak! Namun, malangnya saya tolak lagi desakan itu...
Nah, ketika itulah saya diperingatkan bahawa semalamnya (semasa orang lain beribadah di gereja sempena Good Friday, saya sibuk melayan keletihan setelah pulang dari outstation ke luar bandar) jadinya, saya tidak berdoa langsung....Namun, Tuhan tetap menjaga saya tanpa gagal! masakan masih berlambat-lambat mengucap syukur!
"Mungkin Tuhan rindu bersekutu dengan saya..." kata hati saya!
Maka, bait2 ini muncul satu persatu di fikiran saya: "Apakah buku yang kau baca lebih menarik dari Aku, sehingga kau melambat-lambat waktu berdoamu?...Tutuplah dulu buku itu dan berdoalah..."
Kali ini langsung saya tutup mata dan mulai berdoa seperti biasa....( ayat2 doanya sama juga seperti yang selalu saya ucapkan)....
Hasilnya, seperti yang Saudar/i jangkakan; hati saya dipenuhi damai sejahtera dan sampai cerita ini ditulis, saya telah belajar untuk tidak membuang waktu dengan hal-hal yang remeh!Dahulukan Tuhan!!!kerana Dialah yang menghadirkan damai sejahtera dalam hati kita waktu susah mahupun senang...Dia jugalah yang menyertai ke mana pun kaki kita melangkah.
Saudara/i diluar sana, mungkin anda pernah/sedang mengalami hal yang sama dengan saya...suka lambat2! Tapi,mari berubah...bangkit bersama Yesus untuk tetap mendahulukan Tuhan dalam segala perkara dalam hidup kita!
Selamat membaca dan Tuhan memberkati :)
Admin
Sunday, June 10, 2012
How Great is our God
Beberapa hari yg lalu, radio kereta kami hilang program secara tiba2,saya fikir rosak teruk&tidak dpt digunakan lg,memandangkan ketika dirujuk ke kedai aksesori kereta yg ptama, pemilik kedai mberitahu beliau x dpt berbuat apa2 dan mberi cdangan radio tersebut harus dihntr ke kilang dimana ianya dikeluarkn utk diprogram semula,dan pastinya memakan kos yg amat tinggi..
Namun, sy x bputus asa lalu pergi ke kedai aksesori yg ke-2,sekali lg pemilik kedai memberitahu hal yg sama kpd sy.tetapi kali ini mencadangkn radio trsebut d "trade in" dgn harga RM 50 dan mengantikannya dgn radio yg baru...Saya teragak2 sebentar kerana sy tahu nilai sebenar radio trsebut lebih mahal dari yg beliau tawarkan..ditengah2 kecelaruan itu, hati saya menjadi resah kerana saya amat menyayangi radio tersebut, lalu dgn hati berat saya memilih utk tidak mengantikannya dan menunggu waktu yg sesuai utk mbeli radio baru.
Selama waktu itu, saya fikir alangkah bosannya perjalanan ulang-alik dari rumah ke tempat kerja tanpa mendengar alunan muzik yg menghilangkan rasa penat seharian bekerja, dan mungkin saja tanpa radio,sy akan hilang konsentrasi dijalanan....
Dalam perjalanan pulang, sy berkira2 ingin kembali ke kedai itu,namun ketika sy terlihat kedai aksesori yg ke-3, tiba2 hati sy tergerak utk berhenti dan bertanya kalau2 mereka dpt membantu sy membaiki radio tersebut.dlm hati sy mnjangkakn akan mendengar alasan sama seperti di kedai 1&2.
Alangkah baiknya Tuhan!kata hati saya ketika mendengar pemilik kedai ke-3 mberitahu bahawa radio trsebut x mengalami apa2 masalah..hanya perlu di "reset" semula supaya ianya dpt berfungsi seperti biasa. kemudian dia meminta pekerjanya utk memeriksa keadaan wayar radio trsebut dan mnunjukkan kpd sy, lubang kecil yg trdapat di radio itu yg harus di tekan utk "reset" semula agar ia dpt berfungsi spt biasa...luar biasa skli sy hanya perlu mbyr cas pkhidmatan sbyk RM10 tanpa perlu mengantikan radio itu dgn mbayar ratusan ringgit!
Saya belajar satu perkara dari kejadian diatas: Walau seremeh apa pun masalah yg saya hadapi,Tuhan tetap peduli, apalagi ketika berhadapan dengan orang2 yg bersikap x jujur dan memikirkan keuntungan semata-mata, Tuhan tetap melindungi saya agar tidak tertipu dan diperdaya!
Radio saya sudah berfungsi seperti biasa, menjadi teman penghibur kemana saja saya pergi,dan menutup telinga saya drpd mendengar bunyi hentaman tayar kereta yg membingitkan telinga.Namun, hal terbesar adalah Hati saya sangat bersyukur,kerana Tuhan menjaga dan memberi perlindungan-Nya diluar daya sedar saya, bahkan ketika menyedari hal ini saya menitiskan airmata kerana sekecil apapun hal yg menjadi pergumulan saya, Tuhan turut merasakannya... Terima Kasih Yesus!
Monday, August 1, 2011
Figure Bapa Dalam Yesus
Tuesday, February 15, 2011
Monday, February 14, 2011
Hari Kekasih...minggir dari kesukaan Dunia
14 Februari...Setiap tahun saya melihat ramai pasangan kekasih menanti-nanti hari ini...kerana pada hari bersejarah inilah mereka akan menunjukkan bahkan membuktikan kasih sayang kepada pasangan masing-masing....Itu dari konteks percintaan sahaja...kalau mahu di kira peratusan yang menyambut Hari Kekasih kerana punya pasangan..mungkin peratusannya akan mencecah 99.99%...kemana perginya yang 1%..??...jawapnya mudah sahaja...1% itu diberikan kepada keluarga,sahabat dan lain-lain...(Saya tidak mahu mengungkap sejarah Hari Kekasih,kerana saya yakin anda juga tahu...masakan anda tahu meraikan,jika anda tidak tahu sejarahnya)
Isi hatiku untuk Bapa...
Dari pembacaan Mazmur 71:1-24
Surat kepada Bapa Syurgawi,
"Disaat aku tidur,Engkau menempatkan malaikatMu menjagaku dan mimpi ngeri menjauh dari alam tidurku,disaat aku bangun&melangkah keluar,Engkau pimpin tanganku agar aku tidak jatuh tersandung dan terluka,disaat aku lapar dan dahaga,Engkau kenyangkan aku dgn air yg bersih dan makanan yg enak,disaat aku menelaah pelajaranku,Engkau penuhi mindaku dgn pengetahuan&Idea-idea yang bernas...Disaat mataku melihat ke langitMu,Engkau juga memandang kepadaku,disaat aku berdoa...Engkau menjawabku dengan Kasih...
Disaat aku menyangka Engkau jauh,aku semakin merasa Engkau dekat...Bahkan tidak pernah berganjak dari sisiku.. Disaat aku dalam pergumulan&hatiku menangis,Engkau redakan angin badai yg melandaku agar aku tetap tenang...Disaat aku lupa akan Engkau, Engkau bacakan aku bait2 indah dari FirmanMu agar aku tetap didalam KasihMu...Disaat aku menolak Engkau agar menjauh dariku...dengan kesabaran dan kesetiaanMu, Kau tawan hatiku dengan mujizat dan kesembuhan dariMu...disaat aku jatuh dan dosa mematikan semangatku,Engkau sucikan aku dengan salibMu..disaat aku hilang arah bahkan tujuan hidupku...Engkau tiupkan harapan dan janjiMu kedalam jiwaku,sehingga aku berani melangkah untuk mencipta impian yang indah..disaat aku tersenyum...Engkau juga tertawa senang...disaat penderitaan datang dan menguras aku,Engkau melegakan aku dengan melepaskan aku dari kesakitan...
Engkau seperti Bapa yang mengawasi anaknya..disetiap saat,minit,dan jam bahkan hari-hari hidupku tidak pernah terlepas dari pandanganMu...
Disaat aku bertanya.." Tuhan,Mengapa Engkau prihatin sekali..malah kasih yang Engkau berikan lebih dari yang pernah aku dapatkan..?" JawabMu..hanya kerana engkau berharga dimataKu..
Dan,disaat aku menyedari betapa besar KasihMu...aku ingin katakan...
"Terima Kasih Bapa....."
Dari,
anakMu... :)
Sunday, February 13, 2011
Tuhan Itu Baik~
Setiap kita pasti pernah merasa seperti Tuhan itu jauh sekali...apalagi disaat kita benar-benar perlukan pertolongan dari Tuhan..terkadang, seolah-olah Tuhan tidak mempedulikan kita,bahkan tidak ada jawapan langsung ketika kita berdoa...jujur, saya juga merasa hal yang sama...setiap minggu ke Gereja, dengan tujuan untuk melepaskan kerunsingan dalam hati...Ada waktunya juga, ketika saya berkomitmen saat teduh, saya tetap merasa berat didalam hati,kerana saya tidak merasa hadirat Tuhan.Walhal,saya sudah sungguh-sungguh berdoa...