Dia Sumber kuatku

Dia Sumber kuatku

Thursday, July 15, 2010

Saat Tuhan memberi peluang untuk kita membantu orang lain

Ada saat-saat tertentu dalam hidup kita dimana Tuhan membenarkan kita menjadi prihatin dan mendengar masalah orang lain...terkadang kita merasa inilah cubaan atas Iman kita..dan terkadang hal-hal yang remeh-temeh menghalang kita untuk menjadi prihatin terhadap keperluan orang lain...contohnya seperti peribadi orang itu...atau keadaan diri kita yang kurang berkeyakinan untuk membantu..
Namun hakikatnya, Tuhan lebih tahu dan tidak pernah meletakkan tanggungjawab yg tidak mungkin atau tidak mampu untuk kita laksanakan di atas bahu kita...segalanya adalah mungkin apabila kita mulai mengerti dan meresponi kehendak Tuhan untuk kita.Bagi Dia,tidak ada masalah yang tidak mampu diselesaikan kalau kita mahu meresponi Dia.
Di saat kita memiliki peluang untuk merasai pengalaman dipakai Tuhan untuk menunjukkan kemurahannya kepada manusia...kita seharusnya merasa bangga kerana Tuhan sudah mempercayakan pelayanan yang cukup bermakna buat kita untuk menelusuri pengalaman dan merasai keperitan orang lain agar kita punya hati yang bersyukur atas anugerah Tuhan buat kita..
Buat teman-teman yang sudah sehati,sefikir mahu meresponi Tuhan dalam hal membantu orang lain "Kita sudah dan akan terus mengisytihar Tuhan hidup dan memimpin di dalam kita"
Amen..

No comments:

Post a Comment