Dia Sumber kuatku

Dia Sumber kuatku

Sunday, April 26, 2009

Kasih Bapa buat Aku dan Kau...

Saya di berkati dengan Firman Tuhan hari ini (26/04/09)...Kerana saya dapat merasakan kasih Bapa Tuhan kita Yesus Kristus yang sememangnya tak bersyarat buat saya dan saudara..apalagi bila saya semakin mengerti erti pengorbananNya di kayu salib hanya kerana Dia sangat mengasihi saya dan saudara...Puji Tuhan..Saya mahu kita sama-sama mengingati Firman Tuhan ini:
  • (A) 1Petrus 4:8-11: "Tetapi yang terutama: kasihilah sungguh-sungguh seorang akan yang lain, sebab kasih menutupi banyak sekali DOSA. Berilah tumpangan seorang akan yang lain dengan TIDAK BERSUNGUT-SUNGUT. Layanilah seorang akan yang lain ,sesuai dengan KARUNIA yang telah diperoleh tiap-tiap orang sebagai pengurus yang baik dari Kasih Karunia Allah.

Saya ditegur melalui Firman Tuhan ini kerana selama ini saya tidak pernah memperhatikan keperluan orang2 di sekeliling saya apalagi mahu mengerti kesusahan orang lain dengan sungguh2.Jika saya melihat pengemis sekalipun saya cuma menunjukkan rasa simpati saja tapi saya jarang sekali menghulurkan bantuan.Tapi hari ini saya sudah mulai membuat komitmen saya akan ALERT dengan orang2 sekeliling saya dan berusaha mengerti keperluan mereka.

Saya mahu membuat komitmen ini kerana itu juga adalah perintah dari Bapa kita Yesus Kristus yang menuntut supaya kita saling Mengasihi:

( Yoh13:34-35 )"Aku memberikan perintah baru kepada kamu, iaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi.Dengan demikian semua orang akan tahu , bahwa kamu adalah murid-muridku,iaitu jikalau kamu saling mengasihi"

KASIH adalah KEGENAPAN Hukum Taurat:

(Roma13:8): Janganlah kamu berhutang apa-apa kepada siappun juga,tetapi hendaklah kamu saling mengasihi. Sebab barangsiapa mengasihi sesamanya manusia ,ia sudah memenuhi Hukum Taurat.

Jadi hari ini saya merasa ada SUKACITA yang besar mulai bertumbuh dalam hati saya.haleluya..semoga apa yang saya catatkan disini juga memberkati saudara.Amen..

No comments:

Post a Comment